Wifi assist adalah ciri baru yang diperkenalkan oleh Iphone untuk mereka yang menggunakan IOS 9 dan ke atas. Wifi assist ini berfungsi untuk memastikan korang mendapat sambungan internet yang terbaik dengan mengaktifkan cellular data secara automatik sekiranya sambungan dari wifi korang mengalami masalah atau lemah.
Mempunyai sambungan internet yang terbaik semasa melayari laman web adalah kelebihan kepada ciri baru yang diperkenalkan oleh IOS 9. Namun, setiap kelebihan pasti ada kekurangan yang perlu kita titikberatkan.
Apakah kekurangan Wifi assist?
Seperti yang aku explain di awal entry tadi, cellular data akan diaktifkan secara automatik sekiranya sambungan wifi korang lemah dan kita sebagai pengguna mungkin tidak akan tahu yang cellular data digunakan semasa melayari laman web di internet dan akibatnya data kita akan berkurangan. Tapi korang jangan risau sebab ada cara untuk mengatasi masalah ini.
Cara untuk unactivate/off Wifi assist
Selepas unactivate/off Wifi asist ini, korang tak perlu risau lagi sekiranya wifi korang slow/lemah, Data iphone tidak akan digunakan. Ramai pengguna Iphone yang masih belum tahu tentang wujudnya Wifi assist di iphone mereka termasuklah aku. *Noob gila kan. tau guna jer. Itulah yang orang akan cakap tapi biarlah orang nak cakap noob ke apa ke yang penting sekarang bila kita dah tahu sebaiknya kita share dengan semua orang supaya mereka dekat luar sana tahu apa kelebihan dah kekurangan wifi assist ini.