Assalamualaikum.
Photography merupakan salah satu minat aku selain blogging dan membebel. haha. Kiranya blogging ini adalah salah satu platform untuk transformkan bebelan aku dalam bentuk penulisan dan minat kepada photography pula boleh dikongsikan di blog ini. Sebelum ini aku pernah kongsikan mengenai minat aku dekat blog tapi dah lama sangat dah. Kiranya entry kali ini entry ala ala throwbacklah.
Tak ada gambar baru untuk dikongsikan dengan korang, yang ada cuma beberapa keping gambar dari koleksi yang lama. Gambar dekat atas ini diambil sebelum hari perkahwinan kakak aku. Memandangkan hari perkahwinan kakak aku semakin dekat. Kitorang gotong royong cat rumah. It was a memorable experience for me sebab sebelum ini mana pernah cat rumah dan alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan. ahaks.
Dan yang ini pulak diambil semasa majlis pertunangan kakak aku. Tahun 2012. lama nau nau. Bukanlah gambar yang sehebat photographer profesional tapi rasanya cukup memuaskan dah bagi aku.
Ini adalah antara gambar yang aku suka. Langsung tak plan nak ambil gambar macam ini. It was beautifully done. haha. puji diri sendiri okeh. Gambar ini diambil semasa sehari sebelum hari perkahwinan kak aku which is on 2013.
and this is my ultimate favourite. Ummu Syaurah, my cutie pie niece. Dah lupa bila captured gambar ini sebab dah lama sangat. Sekarang ini dah besar dah. Rasanya cukuplah empat keping gambar aku share. Kalau banyak banyak nanti berjela pulak. Teringin nak start balik aktiviti photography tapi malangnya tak ada camera yang sesuai. Insyaallah kalau ada rezeki lebih boleh beli kamera untuk ambil gambar yang cantek cantek. amin