Ristorante Italiano, Capricciosa untuk penggemar Pasta dan Pizza

Ristorante Italiano, Capricciosa untuk penggemar Pasta dan Pizza | Asian macam kita ini memang takkan dapat lari dari nasi. Kalau satu hari tak makan nasi rasa macam tak lengkap hidup. betul tak? Sebab nasi tuhlah makanan ruji kita. Tapi kadang kadang tuh tekak kita ini terasalah jugak nak makan makanan ala ala italy gituh kan. Contohnya macam pizza dan pasta.


Sekiranya korang teringin nak makan samada Pizza atau Pasta, aku nak suggestkan korang pergi ke Italian restaurant, capricciosa. Buat masa ini cawangannya tak banyak, kalau ikutkan website, restaurant ini hanya ada di Pavillion, Sunway pyramid dan Sunway Putra Mall


Restaurant yang aku pergi ini terletak di Sunway putra mall, tingkat tiga. Kitorang tak plan pon nak makan dekat sini. Cari tempat makan pon tengok directory sebab tak tahu restaurant apa yang ada dekat mall. Ade few choices tapi yang paling menarik restaurant ini. So, kitorang decide makan dekat sini jer la. Lagi pon tak pernah try kan.


As usual, sambil tunggu makanan kita selfie dulu sekeping dua. Oh yer, masa sampai dekat restaurant ini, aku tengok tempat dia kecik jer macam tak best sebab kalau ramai orang yang makan dekat situ mesti crowded tapi rupanya seating yang dekat luar tuh dorang punya jugak, so kitorang amek seat dekat luar rasa selesa sikit. Tak lama lepas tuh makanan pon sampai.

Salmone
Seafood Algio Olio
Untuk pasta, ada tiga pilihan, samada spaghetti, linguinie atau pon Penne. Lepas itu, yang bestnya korang boleh tambah extra topping untuk pasta korang. Contohnya kalau order aglio olio, korang boleh tambah meatball atau pon extra cheese dengan harga RM5.90 sahaja

And this is the pizza! Mediterranean Lamb
At first memang aku tak nak try sebab aku tak beraa minat sangat pizza tapi sekali kau makan memang takkan menyesal. Lagi satu, aku tak suka makan pizza yang doh dia thick sangat, kalau dekat Capricciosa ini doh dia thin and bila kau makan, dia macam crispy sikit and guess what. aku suka! Next time kalau aku nak makan pizza or pasta aku akan ke sini.

Chicken Ceaser Salad
Kalau korang kenal aku, vegetables memang musuh nombor satu aku, aku takkan makan sayur dalam makanan apa pon. kalau makanan tuh ada sayur aku sanggup spend time untuk clearkan sayur dulu baru aku akan makan. Sejak dua menjak ini aku dah mula berjinak dengan sayur tapi kalau makan pon sikit jer tapi bila makan Chicken Ceaser salad ini, aku ramai macam menang oscar sebab mampu makan banyak sayur dari biasa. *lap air mata


Last but not least, desserts! Brownies and Tiramisu. Untuk brownies aku kena give up sebab i am not a brownies person. Kalau tiramisu, its quite ok dan portion dia pon besar. Kitorang makan tiga orang pon tak habis. Cakap pasal portion ini, pasta tuh korang boleh share dua orang kot sebab portion dia memang banyak. Thumbs up for Capriciossa. Gracias for todo Amigo. ahaks. Throwback post!
Terbaru Lebih lama