Random post macam ini memang bersepah dekat blog aku sebab aku tak buat banyak aktiviti. So, untuk panjangkan entry aku kena share banyak benda. Aku sebenarnya tak suka sangat post entry pendek pendek nanti tak puas. eh.
First first kena bagi ucapan terima dulu kepada blogger blogger yang joined Bloglist aku. Tanpamu ku sepi. gituh kan. Mula mula buat Segmen ini aku memang redha habis habisan sebab takut tak ada yang nak join. Berani mati buat segmen time blog tak ada orang singgah. Tapi alhamdulillah ada juga yang nak masuk bloglist aku.
Aku tengok ramai blogger tengah update pasal CPUV yang dorang dapat dari Nuffnang. Aku sebagai blogger ala ala picisan pasir di pantai nih pon tak nak kalah ok. tetap juga nak post pasal CPUV yang melanda Nuffnang aku nih.
For the month of October. Arigato.Arigato Nuffnang.
Siapa dekat sini hantu burger? Kalau ada hantu burger kita geng la tapi untuk aku burger akan jatuh pada tempat kedua sebab tempat pertama dimenangi oleh ayam.haha. Dekat mana mana pon mesti ada pasar malam kan. Kalau kat kampung aku, pasar malam buka hari selasa. Berbekalkan RM2.50, aku dah mampu beli burger daging biasa 1.20 dan seketul ayam goreng kentucky pada harga yang sama.masih lagi ada baki 10sen ok. tapi itu dulu la.Sekarang kalau bawa RM2.50 pergi pasar malam memang balik bawa plastik jer la.
Bercakap pasal Burger. Korang dah try Burger Ramly yang ala ala moden ke? Moden? tak adalah moden tapi sekarang nih Ramly Burger dah maju yer kawan kawan semua. Siap ada Kiosk lagi. Macam nih.
Yang penting HALAL dan pastikan RAMLY baru beli.OK?hehe.
Sekarang ini dah banyak Kiosk Ramly Burger macam dibuka tapi aku jer yang belum pernah pergi beli. Tapi aku tak pastilah dekat area mana yang ada. Korang boleh google or terus pergi official website Ramly burger untuk maklumat yang lebih padat.
Kiosk kat atas tuh dekat pandan indah LRT Station. Baru jer buka dekat situ, kebetulan pula aritu aku nak pergi Axis, aku singgah la kononnya nak try kan. Aku beli Beef Oblong. Boleh beli Ala Carte atau pon Set. Kalau yang set tuh tak silap datang dengan French fries dan Soft Drink. Packaging dia pon oklah kan. nampak Neat.
Oblong daging yang aku beli tuh harga dia RM.3.50. rasanya murah dah tuh kan.
Yang ini antara Set Meal yang korang boleh order dekat Kiosk Ramly burger ini. Macam macam ada. Chicken Chop, Lamb Chop dan Fish and Chip pon ada ok. Oh lupa nak cakap, hari itu, aku pon ada order beef nugget. sedap. Tak pernah cuba pon sebelum ini. Selalunya kalau nak makan nugget mesti chicken nugget. Sekali makan yang beef punya terus fall in love.haha.
Good news untuk yang malas nak masak kat rumah pagi pagi atau yang dah bosan asyik makan nasi lemak telur jer untuk breakfast korang boleh la beli Smoke Beef Sandwich set untuk mulakan pagi korang tanpa rasa lapar lagi. hehe. bukan apa, aku tengah macam berbaloi jugaklah Portion dengan harga dia. apa lagi. cubalah sekarang. Pastikan Ramly baru beli.
Happy blogging Semua.