Assalamualaikum.
Dalam post sebelum ini aku ada story sikit pasal hunny butter biscuit yang aku makan dekat Texas Chicken. To be honest, benda tuh memang sedap and few days ago, we decided to have our iftar dekat sana. Well actually, bukan aku yang planned everything tapi my officemates yang ajak. Since aku dah bosan makan nasi campur hari hari dekat bazaar ramadan, so aku ikutlah dorang.
While waiting for the berbuka puasa session, kitorang ke times square dulu. Usha usha barang untuk hari raya. Aku ikut jer dorang shopping, nak beli barang raya pon tak ada moodlah since tak dapat cuti raya. Sedih giler kot beraya dekat office jer. whathehey betul. Tapi nak buat macam mana kan. Redho jer la.
For Those yang belum pernah cuba makan dekat sini, aku memang suggest korang untuk datang and try yourself especially hunny butter biscuit yang aku mentioned earlier. Texas Chicken nih ada banyak branches, if in kuala lumpur korang boleh pergi ke bukit bintang nearby WOLO, senang nak jumpa. Kalau tak pon korang boleh pergi ke Tesco Extra Cheras. Rasanya dekat situ dorang baru buka. For more info about the location. korang boleh terus ke official Texas Chicken website. Boleh dapat pelbagai info dekat situ.
Oklah. Continue balik cerita kitorang tadi. After dah habes shopping. Kitorang headed to bukit bintang to go to Texas Chicken. Kalau tak silap, kitorang sampai sana dalam jam 7ptg. We ordered the same sets except for me. Disebabkan aku nih hantu ayam, aku haruslah order lebih kan.haha.
Yeahh! bun dalam picture tuhlah nama die Hunny butter biscuit. Aiskrim tuh pon sedap jugak. Dorang yang order tapi aku yang habeskan semua. At the moment we makan semua nih, another friend of us still lagi on the way. Sorrylah yer kitorang tak boleh nak melambat lambatkan waktu berbuka sebab tuh kitorang makan dulu.haha. After makan, benda wajib yang perlu kitorang buat mestilah "Welfie".
Lepas makan kitorang pergi Jalan Tar pulak. Nak sambung shopping katenya. Ramai giler orang kat sana. Maklumlah dah nak dekat raya kan. Best hang out dengan korang. Thank you sebab ajak aku join sekali. kalau tak hari tuh mesti aku akan berbuka makan meggi berlaukkan sosej jer kat rumah.sobbs sobbss.
*********
The second place yang aku pergi untuk berbuka puasa adalah Wondermama X. Frankly speaking, bila dengar wondermama aku terfikir jugak, restoren nih jual makanan apa jer. That day masa aku pergi jenuh jugak tengok menu sebab tak tahu nak makan apa. Pilihan makanan die tak banyak sangat. Maybe sebab masih baru lagi kot.
Nasib baik wondermama nih tak cliche sangat macam kebanyakan restoren. Tak boleh nak book table lah itulah inilah. masa sampai sini boleh dikatakan awal lagi. Dorang suruh order makan dulu lepas tuh nanti time berbuka datang balik. Just tunggu for our food jer. Sementara nak tunggu waktu berbuka kitorang pergi jejalan dulu kat Avenue K. Sempat jugaklah member aku rembat beberapa helai baju. huhu.
Masa tengah berjalan tuh kitorang nampak Photo Booth yang sunyi sepi tak ada orang pon dok bergambar kat situ. Kitorang apa lagi, gunakan waktu yang ada untuk snap gambar banyak banyak. Lepas kitorang dah bosan baru ada visitors yang laen nak bergambar jugak. haisssh..
Table 13.
Korang pernah dengar atau makan kueh sarang tebuan? Kueh ros? Mesti pernah kan..Benda alah yang kat atas nih sebenarnya acuan untuk buat kueh tuh tapi Restoren nih kreatif jugak. dorang gunakan untuk buat nombor table. Sempat jugaklah aku snap sementara menunggu makanan sampai.
Ini adalah antara makanan yang kitorang order. Nasi Lemak with Japanese Style Fried Chicken. Orange juice and ada tiga jenis kueh yang dorang letak atas table. Semua makanan yang kitorang order memang sedap kot. Nora bagi 4 bintang. Sekarang nih aku tengah fikir nak berbuka puasa dekat mana. Any idea?