Rezeki Nuffnang bulan September dan Isu rumah sewa


Assalamualaikum.
Rezeki masing masing dan alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab bulan september nih aku dapat CPUV banyak sikit berbanding bulan bulan yang lepas. Walau pun pada orang lain ianya agak poyo untuk dikongsikan, aku rasa perlu jugak kita share benda benda macam nih dengan orang lain. bukannya untuk menunjuk nunjuk atau riak tetapi  sebagai pembangkin semangat supaya kita lebih berusaha di masa hadapan. Aku tengok ramai yang down bila CPUV dorang sikit lepas tuh terus berhenti blogging.


Aku pun pernah rasa down sebab berbulan bulan tak dapat CPUV tapi aku takdelah sampai berhenti blogging. Blogging nih Fun. boleh dapat ramai kawan dan aku excited bila ada yang singgah baca entry dan bagi komen. Aku mengaku yang blog aku nih pon bukannya best, entry pon banyak yang syok sendiri sebab tuhlah aku tak kisah walau pun side income kat nuffnang tak berapa nak masyuk. kalau ada alhamdulilah rezeki.



Yang ada dalam kotak biru tuh semuanya CPUV untuk bulan september. Alhamdulillah bulan nih banyak pulak dapat. CPUV untuk bulan may, Jun dan Ogos pun masih ada lagi  yang tengah running. Aku pernah cash out dulu, tak banyak tapi lepaslah jugak untuk buat belanja makan aku dua tiga hari. Kalau boleh yang second nih nak kumpul banyak sikit baru cash out.

Sekian sahaja untuk Nuffnang. Sekarang nak buat sesi luahan hati pulak. Beberapa hari yang lepas aku pergi interview dan berita baiknya aku dapat kerja tuh. bersyukur sangat walau pun kerja biasa biasa tapi oklah dari tak keja kan. Masalahnya sekarang aku masih belum jumpa rumah sewa.


Mula keja hari selasa tapi rumah sewa tak ada. Kalau boleh nak yang dekat dengan tempat kerja, area kampung baru ke. Aku dah contact member aku tapi rumah dah full. Besok kena call balik sebab dia cakap nak tanya housemate dia yang lain. kalau tak dapat terpaksalah cari lain. Sekarang duduk rumah abang aku, kalau nak ulang alik sini ke tempat keja susah sebab takde transport. kalau nak naik teksi memang tidaklah. sekali naik dah RM1O. sebulan pulak berapa? haishh..tak mampu.tak mampu. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. doa doakan sama yer korang. Tak nak tolak offer kerja tuh sebab susah nak dapat kerja dan gaji yang boleh tahan sekarang nih. 
Terbaru Lebih lama