Review Produk: L'oreal Men Expert White Activ Anti Spot plus Oil Control Charcoal Foam


Assalamualaikum.
Adek adek, kakak kakak dan abang abang sekalian. Ini adalah entry mereview produk hokeh. Aku pon mampu buat review produk untuk kulit muka walau pun kulit aku tak segebu kulit Aaron Aziz. As mentioned above, produk yang aku guna untuk penjagaan kulit muka adalah Loreal Men Expert White Activ Anti Spot plus Oil Control Charcoal Foam. 


Tak boleh panjang lagi ke? haha. Jangan marah aku. Sudah ditakdirkan nama dia macam tuh apa aku boleh buat kan. Sejujur dan sesuci embun pagi, Kulit muka aku yang dulu bukan lagi yang sekarang. Dulu kalau tengok cermin mesti pejam mata. macam mana tuh?. Sekarang tak ada cermin pun boleh terbayang muka sendiri sebab tak sangka produk ini berkesan untuk kulit muka aku.


White Activ Anti Spot + Oil Control mempunyai tindakan magnetic untuk menangkap kotoran dan juga minyak dimuka. Itu adalah salah satu kebaikan produk ini. Apakah manfaat lain yang boleh kita dapat? mai nak habaq sikit.
  • Memastikan kulit dibersihkan dan kotoran yang dibasuh keluar.
  • Menjadikan ianya bebas dari sel sel mati dan sebum yang berlebihan.
  • Anti Shine : Menjaga kulit supaya segar sepanjang hari.
  • Anti Dullness : Menjadikan kulit lebih sihat.
  • Anti Spot : Melawan jerawat, mengurankan bintik hitam dan liang diluaskan.

No Filter. Sebelah Kiri Before dan sebelah kanan selepas.

Sebenarnya dah lama jugak guna loreal nih tapi bukan tenyeh kat muka hari hari sebab malas.haha. Benda nih kene rajin dan selalu pakai kalau malas macam aku. lambatlah kesan dia. Macam gambar SELEPAS tuh. bukan OK sepenuhnya lagi tapi alhamdulillah kulit dah semakin baik. 

Terbaru Lebih lama