Pada awal tahun 2013, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di LEGOLAND Malaysia untuk meneroka sendiri dunia imaginasi kanak kanak yang semestinya memberikan kepuasan maximum kepada Keluarga dan kanak kanak yang berumur 2 - 12 tahun. Mungkin pada mereka yang lebih Remaja merasakan LEGOLAND adalah lokasi yang tidak sesuai untuk mereka tetapi bagi kanak kanak, LEGOLAND adalah dunia kedua mereka yang sangat menyeronokkan.
LEGOLAND Malaysia, 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250
Contact : 07-9578888
Email : info@legoland.my
Website: www.legoland.com.my
Antara yang menarik perhatian aku, kanak kanak yang berkunjung di Family Theme Park ini, mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti yang kebanyakannya dilakukan oleh orang dewasa seperti mengambil Ujian memandu, bermain jetski, bersaing dalam jousting tournament, mereka bentuk robot LEGO dan lain lain lagi.
Ramai kanak kanak yang memandu. Mereka memandu dengan cermat. kalau korang sendiri tengok situasi ini sendiri. korang boleh nampak betapa seronoknya dorang.
Cube tengok reaksi kanak kanak yang duduk dalam kenderaan police tuh. Kemain seronok. itu adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga bersama anak anak. Pandu kenderaan dan lepas tuh padamkan api di bangunan yang terbakar. *bukan api betullah. LEGOLAND Malaysia dibuka pada 15 September 2012, masih lagi baru tapi mendapat sambutan yang menggalakkan. Di LEGOLAND pun ada Airport. jangan main main. Bila dah penat main mestilah lapar kan. jangan risau sebab dalam LEGOLAND ini juga disediakan restaurant. salah satunya adalah Market Restaurant.
Aku tak dapat nak berkongsi pasal harga makanan dalam LEGOLAND ini sebab kebetulan aku keluar dari LEGOLAND waktu lunch. jadi, aku lunch di luar Taman Tema. Terdapat satu Mall berhampiran dengan Legoland iaitu Mall of Medini. Aku ke Restoren Briyanis untuk makan nasi beriyani dengan staff ofis. aku pernah update pasal restoren ini pada entry yang lepas. korang boleh Klik BRIYANIS untuk baca entry tuh. Sekarang aku nak sambung penerokaan dunia Imaginasi kanak kanak ini.
Tempat yang paling menarik minat aku adalah MINILAND. Teruja dengan hasil kerja yang sangat teliti oleh mereka. Dalam Edisi TRAVELOG yang sebelum ini aku pernah muat naik gambar gambar Miniland yang menarik untuk tatapan pembaca. Korang boleh klik MINILAND DI LEGOLAND, NUSAJAYA. Untuk entry kali ini aku masih lagi ingin berkongsi gambar gambar yang terdapat di MINILAND dan yang pasti ianya adalah gambar yang berbeza dari entry yang lepas.
Bangunan Sultan Abdul Samad
Masjid Jamek
Monorail
Ini sahajalah gambar yang sempat aku ambil melambangkan negara kita, Malaysia . Banyak lagi yang mereka hasilkan dengan hanya menggunakan LEGO. Gambar gambar selebihnya adalah mercu tanda untuk negara negara lain.
Menarik kan. Untuk pengetahuan semua, LEGOLAND Malaysia mempunyai tarikan yang terbaru yang mungkin akan menarik minat anda untuk berkunjung ke sana lebih lebih lagi peminat tegar Filem Star Wars.
"Miniland is all geared up for its new role as gateway to a parallel universe! From tomorrow, feast your eyes on this first-of-its-kind LEGO Death Star model display, measuring 6 metres in height and made from than 750,000 LEGO bricks! With 10,000 special glow-in-the dark tiles used on the LEGO model as well, fans are ensured of a fantastic night view!" - facebook LEGOLAND Malaysia.
Sebelum aku tamatkan entry ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan LEGOLAND Malaysia kerana bakal menyambut ulang tahunnya yang pertama pada 15 September akan datang. Sedar tak sedar, rupa rupanya sudah cukup satu tahun LEGOLAND beroperasi di Nusajaya. Terima kasih kerana sudi membaca dan kita berjumpa lagi untuk Edisi Travelog akan datang. Insyaallah.