Aktiviti sebelum Puasa and "Sahur Combo" di KFC sempena Bulan Ramadhan 2013

cakap je apa yang kau nak..semua kau boleh dapat..kat kl nih semua ada lebih lebih lagi pasal makanan..macam macam ada..makanan arab..makanan cina..jepun..Itali..semuanya ada..kita  cuma perlu sediakan duit sahaja..semuanya kita boleh rase..tapi lain pulak kalau duduk kat kampung..lebih lebih lagi kampung aku..

Tak dinafikan hidup kat kampung nih best..makanan kampung pon sedap..tapi sometimes kita yang duduk kat kampung nih nak jugak merasa makanan yang lain dari kebiasaannya...yelah..kadang kadang tuh nak jugak makan makanan fast food kan..asyik makan yang sama jer tiap tiap hari bosan jugak...macam aku..sekarang nih aku dah stay kat kampung.."mengidam" pulak nak makan KFC..kat kampung aku nih manalah ada semua2 tuh..kalau nak boleh..tapi kene gagahkan diri ke Bandar..

"Mengidam" nak makan KFC sebab nak puasa kot..hehe..dan secara kebetulan..arini dapat call dari kawan aku..dia ajak aku pergi Bandar..hang out dengan kawan kawan lain kat KFC..aku setuju jerlah..lagi pon aku boleh jumpa kawan kawan yang dah lama tak jumpa..



Ramai pulak yang datang makan kat KFC arini..mungkin sama macam aku..hehe..best hang out dengan dorang..banyak sangat benda yang nak dibualkan..sambil borak sambil makan..dah kenyang tuh..kitorang pon decide nak balik..lagipon arini kan first day terawih..tak naklah balik lewat kan..tapi before that..kitorang singgah ke Watson dulu..ada yang nak beli barang sikit..lepas tuh baru kitorang bertolak balik..hujan pulak lebat giler..tapi kejap jer..sempat jugak singgah di masjid untuk menunaikan solat asar..tuh pon dah lewat..sampai rumah dah masuk waktu maghrib..apa apa pun..terima kasih banyak banyak yer sebab ajak aku – Dean, Syahmi, Azimah, Zhahirah!..


Oh yer..cakap pasal Kentucky Fried Chicken (KFC).. Sempena bulan ramadhan nih..KFC memperkenalkan menu baru “Sahur Combo”..


untuk maklumat lanjut boleh layari  http://www.kfc.com.my/

ada 1 Zinger Porridge.. 1 Ketul Ayam dan 1 Minuman Berkarbonat (Biasa)..jadi kepada sape sape yang nak bersahur di KFC.. korang boleh cuba Zinger Porridge nih..bermula dari 11malam hingga 6pagi..selamat mencuba.

Terbaru Lebih lama