Makan Makan @ Murni Discovery

Part yang paling best bila blogging adalah sharing pasal makanan.hehe.Semua orang suka makan dan semua orang perlukan makanan.gituh kan.Jadi, untuk entry kali ini aku nak share dengan korang semua berkenaan dengan satu restoran yang dikenali dengan nama "Murni Discovery".

google sahaja pasal restoren ini, aku tengok banyak review entry daripada blogger blogger yang pernah ke sana. mana tidaknya, restoren ini ada banyak cawangan. Murni Discovery terletak di enam lokasi berbeza iaitu di USJ, SS2 Petaling Jaya, Kepong, Bukit Jalil, Aman Suria dan Mentari Petaling Jaya.


Makan malam yang tidak dirancang, aku tak pernah tahu pasal restoren ini. My Brother in law dengan my sister decided to have dinner dekat luar and bawa aku ke restoren Murni Discovery di USJ. Bila dapat menu, aku macam Ohmaigoodness..Tebal gedabak.. Pelbagai jenis menu yang ada dan yang paling menarik nama minuman dan makanan semuanya cute cute. contohnya I love you, I miss you, Teh tarik terapung, Nasi goreng meletop, roti beckham dan lain lain.



Service dekat Murni Discovery sangat terbaik sebab tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan walau pon ramai customer. Pilihan makanan memang banyak giler, nak indian? malay? Chinese?Western?Italian? Semua ada.hehe.


Malam tuh kitorang order empat jenis makanan. Chicken Chop, Nasi Goreng Kongking, Nasi Goreng Ayam pandan dan juga Nasi goreng maryland. portion dia memang boleh buat korang kenyang habis habisan lebih lebih lagi Nasi goreng maryland, Dua orang makan pon still ok.hehe.



korang boleh directly ke page Murni Discovery di facebook untuk dapatkan maklumat yang diperlukan seperti alamat restoren dan menu menu yang ada di sana. Kalau ada masa tuh korang bolehlah ke mana mana cawangan untuk cuba sendiri ok.

Facebook : Murni Discovery
Terbaru Lebih lama