Puteri Harbour Family Theme Park / Lat's Place

Selain dari Hello Kitty Town, Puteri Harbour Family Theme Park juga mempunyai beberapa tarikan yang lain seperti Lat's Place. Siapa yang tak kenal dengan kartun Lat nih kan..lebih lebih lagi karyanya yang terkenal sejak dari dulu lagi iaitu Kampung Boy. Rasanya sampai sekarang pon kampung boy masih lagi ditayangkan di television.


Untuk pengetahuan korang, Lat's Place di Puteri Harbour Family Theme Park merupakan sebuah restoran dimana setiap ruang di dalam restoren lat nih bertemakan hasil karya lat iaitu kampung boy. Korang juga berpeluang untuk menikmati makanan bersama keluarga atau kawan kawan sambil menontan animasi kampung boy. 



Semasa inspection dijalankan, restoren Lat ini masih belum dibuka kepada umum lagi.. jadi aku tak berpeluang untuk mengambil sebarang gambar dalam restoren tuh tetapi kitorang masih dibenarkan untuk melihat suasana kat dalam restoren tuh..walaupon tak dapat nak snap gambar dalam restoren ..aku masih boleh snap gambar di Souvenir shop yang penuh dengan karya lat..aku lupe nak beli something kat sini..sobs..sobs..



Kalau tengok semua barang kat sini, memang rambang mata..duit banyak tak kesah lah..boleh beli semua.hehehe.entah bilalah nak ke sini lagi..kalau nak datang semata mata nak beli souvenir memang tak berbaloilah kan sebab boleh tahan jauh jugak dari KL..kene datang satu family.bawak budak budak baru syok. semoga terhibur yer.hehe.

Puteri Harbour Family Theme Park 
Opening hours : Monday to Sunday (10am - 06pm)
Closed on Tuesday except Public and School Holidays
Terbaru Lebih lama