Menaip entry sambil senyum sampai ke telinga! aumm!.
Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 29 dah pon menutup tirainya pada hari Ahad yang lepas. Fuh! Barulah aku dapat bernafas dengan lega..semua oxygen mampu disedut dengan "flawlessnya". Apa yang dapat aku simpulkan kat sini..aku mampu tersenyum dengan lebar sebab semuanya berjalan dengan lancar. Tapi aku rasa tak puas hati sebab tak dapat nak meluangkan masa dengan kawan kawan yang lain..tak dapat nak berjimba and bergambar beramai ramai selepas Majlis konvo, selesai saje majlis tuh mereka semua bergegas keluar untuk jumpa dengan keluarga masing masing termasuklah aku.
thanx for the "Real" Roses and the cute bebear my Sis! ingatkan habes konvo tuh pulang dengan tangan kosong jer..tapi dapat juga nih! hehe. Comel kan..aku ada banyak gambar gambar yang aku nak upload and share dengan korang..so, aku gabungkan kan beberapa gambar macam kat atas tuh..kalau letak satu satu sure entry nih tak akan ade penghujungnya.
Gambar gambar kat atas nih di "sweet memori" kan pada hari jumaat ( 12 October 2012 ) sewaktu Raptai untuk Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 29 diadakan.. aku tahu gambar gambar nih hanya menampakkan aku seorang jer lelaki..yer! memang pon sebab yang lain tak nak datang..tunggu UITM punyer konvokesyen baru nak join..ok fine! oh yer! aku pernah update pasal Raptai konvokesyen beberapa hari yang lepas.kalau korang nak tengok tengok entry tuh boleh ke SINI.
and ini pulak..Family Photo! Kalau tak bergambar macam nih untuk Majlis Konvokesyen tak meriah lah kan..kitorang snap gambar nih sendiri jer..tak beli mana mana package gambar yang ada kat PICC nih pon..bawak kamera sendiri dan snap snap and taraaa jadilah gambar nih..lagi pon ramai betul orang datang buat business gambar kat sini..macam macam ada..sampai pening nak melayannye.
Gambar banyak snap kat dalam dewan sebab kat dalam dewan ..orang len sebok nak bergambar kat luar..tapi kitorang dengan aman dan damainya bergambar dalam dewan..hehe..aku tak sempat nak bergambar dengan kawan kawan lain selepas majlis tuh..tapi aku ade terserempak dengan sorang dua kawan aku masa kat dalam dewan and kitorang pon ambik peluang nih untuk bergambar bersama #sori jaja! terpaksa suruh kau pakai balik jubah tuh..hehe.
yup! dua orang jer! yang len semua lesap..entah ke mane menghilang..sure aku tak carilah kalau nak nak carik jumpe ke dorang semua dalam crowd yang macam kat bawah nih!
kalau tengok kat depan nih macam ok jer..tapi kalau tengok kat hujung hujung sane..fuh! sesak betul..nak jalan pon susah. aku takkan lupakan kenangan kat sini walau pon aku masih ade satu lagi Konvokesyen yang perlu aku hadir..Konvokesyen Uitm..tak sabar nak tunggu bulan 12..aku rasa kat sana nanti lagi meriah sebab kawan kawan yang lain akan hadir sama..mesti lagi ramai..see you there ok kawan kawan! untuk penutup entry nih aku nak tayangkan gambar yang paling di tunggu tunggu.
taraaa! eh! maafkan aku! tersilap upload gambar pulak..tapi takpelah..dah upload kan..oklah semua..selamat malam..selamat berblogging semua..dikesempatan nih aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi singgah blog arepnakbebel nih..thanx jugak pada followers baru yang sudi follow and kalau free free tuh singgah lah blog nih lagi..babai.