Pewarna rambut telap air dan sah wuduk | Gumash Hair Color

Pewarna rambut telap air dan sah wuduk | Gumash Hair Color | Pada 24 Mei yang lepas aku berpeluang untuk menghadirkan diri ke pelancaran Gumash Hair Colour yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara. Agak teruja sebenarnya nak berkongsi tentang pewarna rambut ini sebab ianya telap air dan sah untuk dibawa solat.


Pelancaran Gumash Hair Color

Pada awalnya, Datin Syarifah Farah Gumash binti Syed Hussain Al-Medwahi (Founder Gumash Hair Color) ingin menggunakan produk ini untuk dirinya sahaja. Beliau tidak yakin dengan produk pewarna rambut lain takut ianya tidak boleh dibawa solat dan memandangkan ramai wanita diluar sana mempunyai keraguan yang sama, beliau mengambil keputusan untuk berkongsi Gumash Hair Color dengan semua yang ingin menjaga penampilan diri dan pada masa yang sama ianya telap air dan sah wuduk.

Datin Syarifah Farah Gumash | Founder Gumash Hair Color
Gumash Hair Color buat masa ini didatangkan dengan tiga warna yang berbeza iaitu black, dark brown dan juga dark red. InsyaAllah dimasa akan datang, mereka akan menghasilkan warna warna lain untuk memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna seperti copper dan light blonde.


Untuk pengetahuan semua, Gumash Hair Color mengandungi argan oil. Seperti yang kita tahu, argan oil ini banyak kelebihan contohnya ia dapat meningkatkan keanjalan rambut serta menjadikan rambut lebih bersinar dan cantik. Produk ini juga  mengandungi cocoa butter yang dapat membantu melembapkan rambut, memudahkan pengurusan rambut, menghalang sebarang kerosakan pada rambut dan lain lain lagi. Selain itu, Gumash Hair Color dihasilkan tanpa parabens dan ammonia yang membahayakan tubuh badan.


Harga untuk satu kotak Gumash Hair Color adalah RM129.00 yang didatangkan sekali dengan beberapa tools atau alatan untuk memudahkan proses mewarna rambut dilakukan di rumah tanpa perlu ke salon. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila layari laman sesawang Gumash Hair Color sekarang. Gunalah dengan yakin.


Gumash Hair Color
Rangkain Mercu Health and Beauty Sdn Bhd
No. 22A-3, Jalan PJU 5/20D,
The Strand, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Hotline
+60125341979
+60125351979

Telefon
0361507155

Fax
0361507455

Website
Facebook
Instagram
Twitter
Terbaru Lebih lama